Skip to main content

Posts

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENGENALAN             Menurut (Shaarai, 2012) proses pembelajaran merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran yang kondusif. Menurut( Eng,2014)Alam pembelajaran bermaksud keaadan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak- kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas. ISI PENTING    Terdapat tiga isi penting dalam tajuk pengurusan alam pembelajaran yang perlu di ambil berat. Antaranya adalah persediaan sebelum mengajar. Antara perkara yang perlu dittikberatkan sebelum masuk ke dalam kelas mestilah ilmu, peralatan, ruang dan   persediaan untuk meng...
Recent posts
TAJUK 13:SEKOLAH DAN PERSEKITARAN PENGENALAN Sekolah merupakan pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan.Manakala persekitaran pula merujuk kepada kawasan pada sekeliling sesuatu tempat yang membawa maksud masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah.Funsi sekolah adalah untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Persekitaran yang baik akan membantu sekolah untuk mencapai sesuatu objektif.Ini disebabkan oleh masyarakat dan ibu bapa pelajar saling berganding bahu bersama guru-guru dalam merealisasikan objektif tersebut.Perkara ini kan memberikan kesan yang positif antara dua pihak pada masa akan datang.Oleh itu,hubungan antara sekolah dengan ibu bapa serta masyarakat perlulah terjalin dengan erat sekali. ISI PENTING Dalam bab ini menjelaskan tentang hubungan sekolah dengan ibu b...
TAJUK 12:PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA PENGENALAN Tajuk ini membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas.Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan perkembangan fizikal,intelek,emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas.Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang murni untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. ISI PENTING Tajuk ini memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan,pengayaan,pelbagai kecerdasan dan keperluan khas.Program pemulihan merupakan ''Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran.Program ini dijalankan oleh guru yang khusus,di ruang yang khusus''.Murid pemulihan merupakan  ''Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor...
TAJUK 11:PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA PENGENALAN Budaya sekolah merujuk kepada sejumlah nilai,budaya,praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah.Budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan.Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat.Oleh itu,semua pelajar perlu didedahkan kepada norma,nilai,sibol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. ISI PENTING Konsep pendidikan pelbagai budaya memberikan penekanan kepada kajian tentang etnik yang meliputi ciri-ciri kelompok pelbagai budaya serta sumbangan mereka kepada masyarakat.ia juga memberi penekanan kepada kesan penindasan terhadap satu kelompok oleh kelompok lain dan pampasan kepada yang ditindas.Melihat pendidikan pelbagai budaya sebagai satu proses yang memberi penekanan kepada aspek int...
TAJUK 10:PENGURUSAN PENASIHAT MURID PENGENALAN Setiap pelajar di sekolah mempunyai masalah yang tersendiri yang akan mengakibatkan pembelajaran mereka merosot dari masa ke semasa.Oleh itu,guru merupakan seseorang yang terdekat dengan pelajar di sekolah perlu menjadi penasihat kepada mereka.Guru perlu pendengar yang setia tentang masalah mereka agar mereka rasa tidak terbeban.Misalnya,menjadi pembimbing mereka dalam semua perkara yang mereka ragu-ragu.Pengurusan penasihat murid ini secara amnya memberi tumpa\uan kepada pengurusan penasihat murid yang terdiri daripada empat komponen iaitu bimbingan,penasihatan,mentoring dan proses bimbingan dan penasihatan. ISI PENTING        Konsep bimbingan ialah merujuk kepada bantuan seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia.Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri,membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri...
TAJUK 9:PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN PENGENALAN Disiplin ialah peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik.Kesanggupan seseorang murid menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang atau peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada suka atau pun tidak.Masalah disiplin sekolah lebih sesuai dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar atau tingkah laku devian. ISI PENTING   Peraturan ialah undang-undang yang ditetapkan untuk menentukan ketenteraman, keharmonian dan kelicinan perjalanan aktiviti-aktiviti dalam masyarakat. Peraturan sekolah merupakan satu persetujuan yang dipersetujui bersama oleh warga sekolah dalam mengawal disiplin dan tingkah laku manusia yang berada di dalamnya. Menurut Abdullah Sani (2005), disiplin merupakan satu bentuk latihan untuk mengembangkan potensi individu daripada segi intelek, jasmani, rohani dan sosial supaya menjadi insan yang berilmu penget...
TAJUK 8:STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH PENGENALAN Bilik darjah bermaksud tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan merupakan tempat terpenting yang perlu ada pada sekolah.Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru(Leonard & Karen,1996).      Bilik darjah pada zaman dahulu hanya melibatkan lima hingga enam pelajar yang duduk di bawah sebatang pokok besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap satu bilik darjah.Surau atau pondok merupakan tempat pengajian juga dianggap sebagai satu bilik darjah.Ianya sangat berlainan pada zaman sekarang.Pada zaman sekarang,sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah bahkan padang sekolah juga dianggap sebagai bilik darjah.Hal ini kerana,padang sekolah merupakan tempat pelajaran pendidikan jasmani. ISI PENTING Tajuk dalam bab ini menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah.Antara faktornya ialah unsur fizikal,emosi dan sosial.Faktor ...