TAJUK 1:SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
PENDAHULUAN
Menurut kamus pelajar edisi kedua,sosiologi membawa maksud ilmu pengetahuan tentang masyarakat termasuk cara kehidupannya,pertumbuhannya dan lain-lain.Sosiologi juga merupakan istilah daripada perkatakaan latin iaitu ''sosio'' yang bermaksud ''berkongsi''.Istilah ini merupakan gabungan antara perkataan Yunani dan Rom yang membawa maksud ''pengetahuan mengenai masyarakat''.Sosiologi juga merujuk kepada ilmu disiplin intelektual yang khusus mengenai hubungan sosial manusia pada umumnya.
Manakala pembelajaran pula didefinisikan sabagai suatu perubahan dalaman diri seseorang,pembentukan perkaitan perkaitan baharu,ataupun potensi-potensi untuk tindak balas yang baharu.Dengan kata lebih padat,pembelajaran bermaksud proses untuk belajar.
ISI PENTING
Terdapat 3 teori utama yang perlu ditekankan dalam aliran pemikiran sosiologi.
1.TEORI FUNGSIONALISME
Teori fungsionalisme telah dicetuskan oleh tokoh Emile Durkheim yang berfokuskan kepada cara masyarakat untuk meneruskan kehidupan yang mendatang.Masyarakat selalu dianggap sebagai tubuh badan manusia yang mempunyai fungsi bahagian yang tersendiri.Oleh itu,teori fungsionalisme menjelaskan lebih terperinci mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana organisasi itu dipertahankan.Ia juga menjelaskan bahawa setiap masyarakat dan institusi dalam sesebuah komuniti saling memerlukan antara satu sama lain.Contoh terdekat yang boleh kita lihat ialah persekolahan.Pelajar memerlukan tunjuk ajar dari guru untuk menimba ilmu manakala guru pula memerlukan kurikulum yang akan mereka gunakan untuk mengajar dan kurikulum pula dibentuk oleh mereka yang bekerja dibawah Jabatan Kurikulum.
2.TEORI KONFLIK
Teori konflik dipelopori oleh Max Weber yang mengaitkan teori konflik dengan pendidikan.Teori konflik menunjukkan bahawa pelajar memainkan peranan untuk mengisi susun lapis masyarakat.Susun lapis ini wujud disebabkan oleh kedudukan sosioekonomi keluarga mereka.Pelajar yang datang dari latar belakang keluarga yang berpengaruh akan mendapat keistimewaan dalam mendapatkan jawatan tinggi dalam masyarakat berbanding pelajar yang lain.Konflik ini juga sering berlaku di sekolah sepertimana yang kita tahu guru dikehendaki untuk melakukan kerja-kerja pentadbiran walhal mereka juga ditugaskan untuk mengajar.Oleh disebabkan,timbulah konflik antara tugas sampingan dengan tugas mendidik.
3.TEORI INTERAKSIONISME SIMBOLIK
Teori interaksionisme simbolik memfokuskan kepada meneliti makna-makna yang dibentuk oleh masyarakat yang terlibat terutama sekali antara guru dan murid.Mereka juga melihat kepada aspek organisasi sekolah yang membentuk realiti sosial dan tidak melihat bagaimana masyarakat mempengaruhi sekolah.Contohnya,mereka akan membuat kajian terhadap interaksi murid dengan guru samaada perangai pelajar itu baik atau sebaliknya.Dan mereka merasakan perangai yang tidak baik bukan datang dari latar belakang kelas sosial masyarakat.
RUMUSAN
Apa yang saya dapat simpulkan dalam pembelajaran bab sosiologi dan pembelajaran ialah setiap teori mempunyai perbezaan yang ketara dalam pendidikan.Teori fungsionalisme lebih cenderung kepada pembentukan organisasi dalam komuniti manakala teori konflik lebih kepada pangkat atau kedudukan individu di mata masyarakat dan teori interaksionisme simbolik lebih kearah interaksi dalam konteks kehidupan sosial.
RUJUKAN
Amir Hasan Dawi,2006,Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan Edisi ketiga,Quantum Books,Tanjong Malim

Comments
Post a Comment