TAJUK 4:KEPIMPINAN DAN ORGANISASI
PENDAHULUAN
Menurut kamus dewan bahasa kepimpinan bermaksud kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tertentu manakala organisasi membawa maksud keupayaan memimpin melaui teladan.Organisasi merupakan perkara yang utama dalam sesebuah sekolah supaya visi dan misi tercapai.Organisi dan kempimpinan di sekolah melibatkan pengetua,penolong kanan,penolonh kanan hal ehwal murid,penolong kanan kokurikulum,guru imbingan dan kaunseling,guru kelas,guru serta murid.
ISI PENTING
Terdapat beberapa gaya dalam kepimpinan antaranya ialah yang pertama gaya autokratik.Seseorang yang mempraktikkan gaya kepimpinan autokratik lebih mementingkan pelaksanaan tugas,mengeluarkan arahan dan akan memastikan setiap arahan itu dipatuhi.Seseorang itu akan memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal.Jika seseorang guru menggunakan gaya kepimpinan autokratik,guru tersebut akan melihat kepada kecekapan dalam mengendalikan kerja tanpa memikirkan soal kemanusiaan.Sebagai contoh,guru yang mengamalkan gaya ini merupakan seorang guru yang tegas dan mengawal murid dalam bentuk hukuman dan gajaran.Ini akan menjejaskan interaksi antara guru dengan murid disebabkan oleh ketakutan dalam diri pelajar untuk memberi pendapat dan juga menanyakan soalan.Ini akan mengakibatkan suasana dalam bilik darjah menjadi tegang.
Gaya yang seterusnya ialah gaya kepimpinan demokratik.Gaya ini sering diamalkan dalam kalangan guru besar.Seseorang guru besar yang demokratik akan lebih banyak berbincang,menerima dan memberi pendapat dalam melaksanakan tugas sebelum mencapai kata sepakat.Pada awalnya ,sesuatau keputusan dicapai bersama atas dasar prsetujuan majoriti.Kepimpinan seperti ini menggalakkan pencambahan minda apabila yang dipimpin berpeluang memberikan idea-idea mereka.Seperti guru diberikan kebebasan dalam memilih siapa sahaja untuk belerjasamadan pembahagian tugas diserahkan kepada gurumasing-masing,Ini dapat memupuk sikap saling menghargai dan sentiasa menerima idea-idea yang diketengahkan oleh ahli kumpulan.Gaya kepimpinan ini melibatkan interaksi dua hala.
Gaya yang berikutnya ialah gaya kepimpinan laissez-faire.Gaya kepimpinan ini banyak memberikan kebebasan,mempunyai kurang unsur-unsur kawalan dan kurang memberikan pendapat.Sebagai contoh,guru besar lebih cenderung menjadi pemerhati dan membiarkan guru-guru melaksanakan aktiviti mengikut inisiatif masing-masing.Perkara ini memberikan dua kesan iaitu kesan positif dan negatif yang tersendiri.Ia boleh jadi negatif apabila pihak bawahan melakukan kerja sambil lewa dan tidak mendatangkan faedah kepada sekolah.Gaya ini bukan calang-calang orang yang boleh laksanakan.Gaya ini digunakan terhadap guru yang bermotivasi tinggi dan mempunyai kemahiran yang tidak diragui dalam bidangnya.Melalui corak kepimpinan bebas ini,guru merasakan diri mempunyai kepentingan dalam organisasi.
Gaya yang terakhir ialah gaya kontingensi.kepimpinan kontengensi berpendapat bahawa tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir organisasi sekolah.Dengan kata lebig ringkas,kepimpinan mengikut situasi.
RUMUSAN
Kesimpulannya,seorang guru perlu kreatif dalam mempelbagaikan gaya kepimpinan dalam pembelajaran.Ini dapat membantu melancarkan proses pdpc kerana pelajar mendengar kata.Kepimpinan yang berkesan sangat penting dalam menjayakan sesuatu perkara.
RUJUKAN
Shahril @ Charil Marzuki. (2001). Ciri-ciri kepimpinan pengetua / guru besar berkesan yang dapat menghadapi cabaran dan harapan pada abad ke-21 ini. Pemimpin, 1(1)
Zahari Suppian (2019) Kepimpinan dan Organisasi,Nota KPS3014.

Comments
Post a Comment