TAJUK 10:PENGURUSAN PENASIHAT MURID
PENGENALAN
Setiap pelajar di sekolah mempunyai masalah yang tersendiri yang akan mengakibatkan pembelajaran mereka merosot dari masa ke semasa.Oleh itu,guru merupakan seseorang yang terdekat dengan pelajar di sekolah perlu menjadi penasihat kepada mereka.Guru perlu pendengar yang setia tentang masalah mereka agar mereka rasa tidak terbeban.Misalnya,menjadi pembimbing mereka dalam semua perkara yang mereka ragu-ragu.Pengurusan penasihat murid ini secara amnya memberi tumpa\uan kepada pengurusan penasihat murid yang terdiri daripada empat komponen iaitu bimbingan,penasihatan,mentoring dan proses bimbingan dan penasihatan.
ISI PENTING
Konsep bimbingan ialah merujuk kepada bantuan seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia.Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri,membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow 1960).Bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang.Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan,secara tiba-tiba,tidak sengaja dan sambil lewa akan tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun,sengaja,berencana,berterusan dan mempunyai arah tujuan.iri-ciri bimbingan yang terbaik ialah tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu,melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya.Pada siapa yang perlu diberikan bimbingan?Bimbingan diberikan kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan yang dihadapinya.
Konsep penasihatan pula lebih kepada memberi nasihat untuk menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah 1994).Nasihat ialah ajaran,petunjuk yang baik,peringatan mengusulkan,mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal (Kamus Dewan).Ciri-ciri penasihatan yang baik berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah.Penasihatan ini berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain.Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman,banyak pengetahuan,mempunyai kelayakan dan pengiktirafan.Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.
Konsep mentoring pula lebih mengambarkan wujudnya perhubungan berterusan antara individu (mentor) dengan individu atau sekumpulan individu (mentee) bertujuan meningkatkan tahap profesionalisme mantee.Mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah,tentang melicinkan tatacara,yang dapat membenarkan,menyakinkan di samping mengurus dan mengarahkan (Fletcher 2000).Ciri-ciri mentoring yang hebat ialah mementingkan perkembangan personal dan professional mentee yang berterusan.Ini untuk memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif.
RUMUSAN
Secara kesimpulannya,bimbingan,penasihatan dan mentoring merupakan aspek yang penting dalam sesi kaunseling antara pelajar.Ia juga digunakan untuk membantu pelajar-pelajar dalam aspek-aspek pembelajaran dalam kehidupan.

Comments
Post a Comment