Skip to main content
TAJUK 7:PENGURUSAN SUMBER

PENGENALAN

Pengurusan ialah cara untuk mendapatkan sesuatu,atau membuat penentuan ke atas pengagihan sumber.Ia juga merupakan satu proses aktiviti tadbir untuk merancang ,mengorganisasi,memimpin dan mengawal sumber secara cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan.Sumber pula lebih kepada punca atau cara-cara tersedia ada pada diri individu,keluarga dan di dalam persekitaran yang disedari atas potensinya atau kebolehannya memenuhi sesuatu permintaan,jenis sumber manusia.Pengurusan sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan.

ISI PENTING

Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan sumber perlu dilakukan dengan terperinci untuk melengkapkan pendekatan dan strategi pengaran.Ini akan melibatkan pelajar supaya belajar dengan menggunakan sumber-sumber pelajaran dengan berhemah.Terdapat beberapa sumber yang sering digunakan oleh pelajar dan guru antaranya ialah pusat sumber.Pusat sumber merupakan pusat tumpuan bagi pelajar dan guru kerana ianya mempunyai banyak koleksi bahan bacaan yang mudah didapati.Di samping itu,koleksi bahan yang disediakan sangat lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan.Pusat sumber juga menyediakan maklumat,perkhidmatan dan keperluan bagi memperkukuhkan pengajaran-pengajaran.

     Fungsi pusat sumber dalam sekolah ialah mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum.Ia juga menjadi tempat untuk mendapatkan panduan mencari,mengguna,menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum.Pusat sumber juga dapat membantu memudahkan pencarian maklumat pelajar kerana ianya merupakan tempat yang berpusatkan bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran.

    Untuk menjadi pusat sumber yang hebat,ianya perlu mempunyai ciri-ciri pusat sumber yang berkesan.Antara ciri-ciri utama yang perlu ada ialah warga sekolah itu sendiri perlu tahu dan kenal pengurud Pusat Sumber Sekolah.Pusat sumber perlu mengaktifkan penglibatan dalam aktiviti yang berkaitan seperti membuat program Nilam untuk menggalakan pelajar dan guru menggunakan Pusat Sumber Sekolah.Lokasi juga memainkan peranan yang penting untuk memudahkan pengguna untuk datang.Lokasi yang paling sesuai ialah di tengah-tengah kawasan sekolah.Pusat sumber mestilah mempunyai koleksi yang sesuai,mencukupi,terkini dan menarik.

RUMUSAN

Kesimpulannya,sumber pengajaran dan pembelajaran perlu diambil berat dalam pdp untuk mengajar pelajar agar banyak membaca untuk memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran.Pihak sekolah juga perlu memperkemaskan organisasi pusat sumber untuk mengelakkan berlakunya bermacam-macam masalah.Pusat sumber dapat menjadikan pelajar celik minda kerana terdapat banyak koleksi bacaan yang berguna


    

Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENGENALAN             Menurut (Shaarai, 2012) proses pembelajaran merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran yang kondusif. Menurut( Eng,2014)Alam pembelajaran bermaksud keaadan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak- kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas. ISI PENTING    Terdapat tiga isi penting dalam tajuk pengurusan alam pembelajaran yang perlu di ambil berat. Antaranya adalah persediaan sebelum mengajar. Antara perkara yang perlu dittikberatkan sebelum masuk ke dalam kelas mestilah ilmu, peralatan, ruang dan   persediaan untuk meng...
TAJUK 8:STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH PENGENALAN Bilik darjah bermaksud tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan merupakan tempat terpenting yang perlu ada pada sekolah.Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru(Leonard & Karen,1996).      Bilik darjah pada zaman dahulu hanya melibatkan lima hingga enam pelajar yang duduk di bawah sebatang pokok besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap satu bilik darjah.Surau atau pondok merupakan tempat pengajian juga dianggap sebagai satu bilik darjah.Ianya sangat berlainan pada zaman sekarang.Pada zaman sekarang,sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah bahkan padang sekolah juga dianggap sebagai bilik darjah.Hal ini kerana,padang sekolah merupakan tempat pelajaran pendidikan jasmani. ISI PENTING Tajuk dalam bab ini menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah.Antara faktornya ialah unsur fizikal,emosi dan sosial.Faktor ...
TAJUK 2:INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN PENDAHULUAN Interaksi didefinisikan sebagai tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain;tindak balas antara dua atau beberapa pihak.Menurut A New English Dictionary,interaksi dalam bilik darjah membawa maksud saling bertndak,saling mempengaruhi di antara satu sama lain.Interaksi dalam pembelajaran melibatkan antara dua pihak iaitu guru dan pelajar.Guru perlu memainkan peranan penting dalam berinteraksi dengan pelajar agar dapat memupuk hubungan yang lebih erat. ISI PENTING Terdapat beberapa isi penting yang perlu dipelajari dan di ambil berat dalam  tajuk interaksi dalam pembelajaran ini.Sebelum itu,guru perlu berperanan sebagai ''role model'' kepada pelajar.Guru juga haruslah mempunyai ciri yang menyakinkan,berpandangan positif,praktikal dan munasabah,berpusatkan masyarakat,bekerja secara kreatif,dan juga progresif supaya dapat menyammpaikan maklumat yang berguna kepada pelajar.    Tajuk ini menjelaskan bagaimana...