Skip to main content
TAJUK 2:INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN

PENDAHULUAN

Interaksi didefinisikan sebagai tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain;tindak balas antara dua atau beberapa pihak.Menurut A New English Dictionary,interaksi dalam bilik darjah membawa maksud saling bertndak,saling mempengaruhi di antara satu sama lain.Interaksi dalam pembelajaran melibatkan antara dua pihak iaitu guru dan pelajar.Guru perlu memainkan peranan penting dalam berinteraksi dengan pelajar agar dapat memupuk hubungan yang lebih erat.

ISI PENTING

Terdapat beberapa isi penting yang perlu dipelajari dan di ambil berat dalam  tajuk interaksi dalam pembelajaran ini.Sebelum itu,guru perlu berperanan sebagai ''role model'' kepada pelajar.Guru juga haruslah mempunyai ciri yang menyakinkan,berpandangan positif,praktikal dan munasabah,berpusatkan masyarakat,bekerja secara kreatif,dan juga progresif supaya dapat menyammpaikan maklumat yang berguna kepada pelajar.

   Tajuk ini menjelaskan bagaimana organisasi pengajaran berkumpulan dilaksanakan.Terdapat tiga isi penting  dalam organisasi pengajaran berkumpulan antaranya ialah jenis dan bentuk kumpulan,bentuk atau corak interaksi,dan opengurusan fizikal kelas.Jenis dan bentuk kumpulan terdiri daripada dua bahagian iaitu kumpulan mengikut kebolehan,kumpulan pelbagai kebolehan dan mengikut minat.

KUMPULAN MENGIKUT KEBOLEHAN

Kumpulan mengikut kebolehan terdiri daripada pelajar yang mempunyai kebolehan yang sama.Jenis ini dikategorikan sebagai kumpulan cerdas,sederhana atau lemah.Kelebihan kumpulan mengikut kelebihan ialah dapat memudahkan penguasaan sesuatu kemahiran asas dalam pembelajaran.

KUMPULAN PELBAGAI KEBOLEHAN

Kumpulan pelbagai kebolehan terdiri daripada pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan dalam satu kelompok.Jenis ini tidak dikategorikan sebagai kumpulan cergas,sederhana dan lemah tetapi dinamai mengikut nama aktiviti,tugasan atau sebagainya.Pengagihan kumpulan selalunya berassakan tugasan yang diberi.
MENGIKUT MINAT

Kumpulan ini terdiri daripada pelajar yang mempunyai minat yang sama dalam sesuatu perkara tidak kira pelajar itu berlainan pemikiran sekalipun.Contohnya,minat terhadap lukisan.Pelajar akan mengikuti kelas seni.

    Manakala bentuk atau corak interaksi murid dalam kumpulan pula terdiri daripada tiga bahagian iaitu hubungan sehala,hubungan dua hala dan dua hala antara kumpulan.

INTERAKSI SEHALA

Interaksi ini merupakan kaedah mengajar cara yang lama atau pasif.Hal ini sedemikian kerana pelajar dipaksa untuk menerima apa sahaja ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru tanpa ada sebarang bantahan.Bagi interaksi ini.guru mengamalkan pendekatan jenis autotiratian di mana pelajar tidak mempunyai kuasa atau peluang untuk berinteraksi dengan pelajar lain sekaligus menyebabkan pemikiran pelajar tidak berkembang.

INTERAKSI DUA HALA

Interaksi ini melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid.Murid ini akan menanyakan soalan kepada guru dan guru tersebut akan menjawab pertanyaan pelajar itu atau sebaliknya.Dengan ini,pelajar dapat menjadi aktif mengeluarkan pendapat.Keadaan ini biasanya terjadi dalam bilik darjah.Interaksi jenis ini tidak melibatkan interaksi dengan rakan sekelas.Ini memberi kesan terhadap pembelajaran kerana ianya akan menjadi bosan dan rimas.Mereka juga perlu mengamalkan pembelajaran secara hafalan dan perlu mengingati banyak fakta.

INTERAKSI KUMPULAN

Tujuan interaksi ini adalah untuk menggalakkan pelajar supaya aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Interaksi ini terbentuk apabila melibatkan aktiviti kumpulan seperti membuat projek,perbincangan dan berkaitan dengannya.Interaksi kumpulan diwujudkan untuk memastikan pelajar melibatkan diri dalam interaksi sesama ahli kumpulan.Ia juga dapat membantu pelajar yang malu atau takut dengan kehadiran guru boleh dan mampu untuk berinteraksi secara aktif dengan ahli kumpulan.

RUMUSAN

Jelaslah bahawa interaksi yang berkesan mampu membantu proses pengajaran dan pembelajaran pelajar ke arah yang lebih baik kerana ianya merupakan proses utamabagi guru menyampai ilmu pengetahuan.Di samping itu,dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar bukan sahaja di dalam bilik darjah sahaja tetapi juga semasa berada di luar bilik darjah.Hubungan yang mesra dapat membantu melancarkan proses pdpc.

RUJUKAN

Kamaruddin, H. H. (1994). Dinamika Sekolah Dan Bilik Darjah. Cheras, Kuala Lumpur.: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Zahari Suppian (2019) interaksi dan pembelajaran,nota KPS3014



Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENGENALAN             Menurut (Shaarai, 2012) proses pembelajaran merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran yang kondusif. Menurut( Eng,2014)Alam pembelajaran bermaksud keaadan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak- kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas. ISI PENTING    Terdapat tiga isi penting dalam tajuk pengurusan alam pembelajaran yang perlu di ambil berat. Antaranya adalah persediaan sebelum mengajar. Antara perkara yang perlu dittikberatkan sebelum masuk ke dalam kelas mestilah ilmu, peralatan, ruang dan   persediaan untuk meng...
TAJUK 8:STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH PENGENALAN Bilik darjah bermaksud tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan merupakan tempat terpenting yang perlu ada pada sekolah.Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru(Leonard & Karen,1996).      Bilik darjah pada zaman dahulu hanya melibatkan lima hingga enam pelajar yang duduk di bawah sebatang pokok besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap satu bilik darjah.Surau atau pondok merupakan tempat pengajian juga dianggap sebagai satu bilik darjah.Ianya sangat berlainan pada zaman sekarang.Pada zaman sekarang,sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah bahkan padang sekolah juga dianggap sebagai bilik darjah.Hal ini kerana,padang sekolah merupakan tempat pelajaran pendidikan jasmani. ISI PENTING Tajuk dalam bab ini menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah.Antara faktornya ialah unsur fizikal,emosi dan sosial.Faktor ...