Skip to main content
TAJUK 5:PENGURUSAN MURID

PENDAHULUAN

Pengurusan murid merupakan satu elemen yang sangat penting dalam sesebuah sekolah.Ia juga memberikan cerminan yang cantik terhadap sesebuah sekolah.Bagi Suppiah Nachiappan et.all(2009),selain berhadapan dengan remaja yang bermasalah dan mengalami kecacatan,guru juga turut berhadapan dengan pelajar yang mempunyai keistimewaan luar biasa dalam kategori pintar,cergas atau pelbagai upaya.Guru yang penyabar adalah guru yang cekap dalam menguruskan murid.

ISI PENTING

Tajuk pengurusan murid menjelaskan tiga elemen penting iaitu mengurus rekod murid,kesediaan murid belajar dan memotivasikan murid.Pengurusan rekod murid yang terancang dan tersusun sangat peting untuk membolehkan guru-guru mengajar mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan Sukatan pelajaran merupakan nadi dalam buku rekod.Ia juga perlu disakukan dalam buku rekod mengajar.Pengurusan rekod murid juga dapat membantu murid dalam pelajaran.Terdapat beberapa aplikasi yang boleh membantu guru dalam menguruskan rekod pelajar antaranya ialah Educational Management Information System Online(EMIS),Aplikasi Pangkalan Data Murid(APDM),Sistem Salahlaku Disiplin Murid(SSDM),Sistem Analisi Peperiksaan Sekolah(SAPS),dan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(SPPBS).

      Sebelum sesi pembelajaran,murid perlu membuat kesediaan yang rapi untuk meninma ilmu.Kesediaan ini merangkumi tiga bahagian iaitu kesedian kognitif,kesediaan afektif dan kesediaan psikomotorKesediaan kognitif berkait rapar dengan mental untuk memahami dan juga berfikir.Perkembangan mental seseorang bergantung kepada umur mereka.Manakala kesediaan afektiflebih merujuk kepada sikap,keinginan,ketekunan,perasaan,minat dan nilainya untuk menerima pelajaran yang disampaikan.Pelajar yang bersikap positif dan berminat terhadap pelajaran akan memainkan peranan yang aktif dan agresif dan agresif dalm aktiviti itu.Kesediaan psikomotor pula merujuk kepada penguasaan kemahiran yang berpusat kepada tindakan fizikal termasuklah perkembangan fizikaliaitu fungsi anggota dan pengawalan penyelarasan penggerak di dalam seluruh tubuh badan.Terdapat juga faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar antaranya ialah pengalaman, kematangan dan juga kematangan emosi.

       Elemen yang seterusnya ialah elemen memotivasikan murid.Motivasi merujuk kepada proses menghasilkan tenaga oleh keperluan yang diarahkan untuk mencapai sesuatu matlamat.Seseorang yang mempunyai motivasi dalam diri bermakna ia telah memperoleh kekuatan untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam hidup.Motivasi juga akan membangkitkan respond untuk mencapai pada akhirnya.Bagi pelajar,bantuan dari guru menyebabkan murid sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi instrisik dan motivasi ekstrinsik.Motivasi instrisik merupakan dorongan dalaman dan minat yang terdapat pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan ganjaran.Ia juga berkaitan rapat dengan sikap semulajadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam proses pembelajaran.Selain itu,ia juga berkaitan dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan seseorang.(Bruner,1966).Sebagai contoh bermain piano atau menggubag lirik lagu.Teknik ekstrinsik pula diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya.

RUMUSAN

Semua sekolah perlulah memastikan setiap sistem yang digunakan berjalan dengan lancar untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.Dalam menguruskan murid bukan sahaja hanya mengenai maklumat murid akan tetapi cara guru yang bagaimana untuk memastikan murid minat dengan apa yang diajar.

RUJUKAN

  Rahil Mahyuddin. (2002). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Shah Alam: Karisma Publications. 
   Mok Soon Sang. (2001 ). Psikologi Pendidikan Semester 1


      

       

Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENGENALAN             Menurut (Shaarai, 2012) proses pembelajaran merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran yang kondusif. Menurut( Eng,2014)Alam pembelajaran bermaksud keaadan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak- kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas. ISI PENTING    Terdapat tiga isi penting dalam tajuk pengurusan alam pembelajaran yang perlu di ambil berat. Antaranya adalah persediaan sebelum mengajar. Antara perkara yang perlu dittikberatkan sebelum masuk ke dalam kelas mestilah ilmu, peralatan, ruang dan   persediaan untuk meng...
TAJUK 8:STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH PENGENALAN Bilik darjah bermaksud tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan merupakan tempat terpenting yang perlu ada pada sekolah.Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru(Leonard & Karen,1996).      Bilik darjah pada zaman dahulu hanya melibatkan lima hingga enam pelajar yang duduk di bawah sebatang pokok besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap satu bilik darjah.Surau atau pondok merupakan tempat pengajian juga dianggap sebagai satu bilik darjah.Ianya sangat berlainan pada zaman sekarang.Pada zaman sekarang,sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah bahkan padang sekolah juga dianggap sebagai bilik darjah.Hal ini kerana,padang sekolah merupakan tempat pelajaran pendidikan jasmani. ISI PENTING Tajuk dalam bab ini menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah.Antara faktornya ialah unsur fizikal,emosi dan sosial.Faktor ...
TAJUK 2:INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN PENDAHULUAN Interaksi didefinisikan sebagai tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain;tindak balas antara dua atau beberapa pihak.Menurut A New English Dictionary,interaksi dalam bilik darjah membawa maksud saling bertndak,saling mempengaruhi di antara satu sama lain.Interaksi dalam pembelajaran melibatkan antara dua pihak iaitu guru dan pelajar.Guru perlu memainkan peranan penting dalam berinteraksi dengan pelajar agar dapat memupuk hubungan yang lebih erat. ISI PENTING Terdapat beberapa isi penting yang perlu dipelajari dan di ambil berat dalam  tajuk interaksi dalam pembelajaran ini.Sebelum itu,guru perlu berperanan sebagai ''role model'' kepada pelajar.Guru juga haruslah mempunyai ciri yang menyakinkan,berpandangan positif,praktikal dan munasabah,berpusatkan masyarakat,bekerja secara kreatif,dan juga progresif supaya dapat menyammpaikan maklumat yang berguna kepada pelajar.    Tajuk ini menjelaskan bagaimana...