TAJUK 8:STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH
PENGENALAN
Bilik darjah bermaksud tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan merupakan tempat terpenting yang perlu ada pada sekolah.Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru(Leonard & Karen,1996).
Bilik darjah pada zaman dahulu hanya melibatkan lima hingga enam pelajar yang duduk di bawah sebatang pokok besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap satu bilik darjah.Surau atau pondok merupakan tempat pengajian juga dianggap sebagai satu bilik darjah.Ianya sangat berlainan pada zaman sekarang.Pada zaman sekarang,sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah bahkan padang sekolah juga dianggap sebagai bilik darjah.Hal ini kerana,padang sekolah merupakan tempat pelajaran pendidikan jasmani.
ISI PENTING
Tajuk dalam bab ini menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah.Antara faktornya ialah unsur fizikal,emosi dan sosial.Faktor unsur fizikal melibatkan penyusunan bilik darjah,peralatan yang lengkap dan juga pencahayaan dan pengudaraan.Penyusunan bilik darjah amat penting kepada pelajar kerana ia akan mempengaruhi proses pdpc di dalam kelas.Penyusunan bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan fokus pelajar di dalam kelas.Ini akan memberikan kesan keseronokkan kepada pelajar untuk terus belajar.Peralatan yang lengkap pula dapat memberikan kemudahan kepada pelajar untuk belajar dengan suasana yang baik.Pelajar juga akan merasa lebih selesa.Pencahayaan dan pengudaraan juga amat penting untuk memastikan kesihatan pelajar dalam keadaan yang baik.Ia juga memberikan keselesaan yang optimum kepada pelajar
Faktor yang seterusnya ialah sosial.Sosial dalam bab ini lebih kepada interaksi dalam bilik darjah.Interaksi ialah satu proses yang saling bertindak berlaku antara sekurang-kurangnya dua pihak.Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia.Terdapat lima jenis interaksi bercorak lisan antaranya ialah interaksi sehala tau tradisional,interaksi dua hala antara guru dan murid,interaksi dua hala antara murid dan murid.Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid dan terakhir sekali interaksi berkomputer.
Faktor emosi pula merujuk kepada guru yang berjaya menanggani perasaan negatif dalam bentuk yang autentik ,benar dan sihat (Ng Kim hoy,2004).faktor emosi dapat dilihat melalui kepimpinan guru dala proses pengajaran dan pembelajaran.Jenis kepimpinan guru ialah yang pertama gaya kepimpinan autokratik.Gaya ini dapat mengawal pelajar melalui ganjaran dan hukuman sehingga mewujudkan suasana yang tertekan dan tidak menarik serta tidak kondusif.Jenis yang kedua ialah gaya kepimpinan demokratik,Gaya ini berkongsi tanggungjawab dengan murid sengan memberikan galakkan bukannya desakkan bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan.Jenis yang terakhir ialah gaya kepiminan laisses-faire.Gaya ini merujuk kepada kebebasan sepenuhnya dalam apa jua aktiviti pembelajaran sehingga menjadikan bilik darjah tidak terurus ,kucar kacir,dan perhubungan antara gru dan murid menjadi tidak akran dan mesra.Oleh itu,guru mestilah mempunyai gaya kepimpinan yang betul agar kelas dalam keadaan yang terkawal.
RUMUSAN
Strategi pengurusan bilik darjah sangat berkait rapat dengan tiga elemen penting seperti unsur fizikal,sosial dan emosi.Selain itu,guru juga berperanan untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan.

Comments
Post a Comment