Skip to main content

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

PENGENALAN
     
      Menurut (Shaarai, 2012)proses pembelajaran merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran yang kondusif. Menurut( Eng,2014)Alam pembelajaran bermaksud keaadan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak- kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas.


ISI PENTING
  
Terdapat tiga isi penting dalam tajuk pengurusan alam pembelajaran yang perlu di ambil berat. Antaranya adalah persediaan sebelum mengajar. Antara perkara yang perlu dittikberatkan sebelum masuk ke dalam kelas mestilah ilmu, peralatan, ruang dan  persediaan untuk mengajar didalam kelas. Sebelum guru masuk ke kelas mereka mestilah memastikan bahawa mereka mempunyai persediaan untuk mengawal pelajar didalam kelas. 
      Buku rekod pelajar merupakan elemen yang penting bagi seseorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebelum aktiviti didalam kelas dijalankan guru mestilah merekod didalam buku rekod . Setiap guru mestilah merekod dan menulis segala aktiviti yang dijalankan didalam kelas.Ini dapat membantu guru untuk melakukan aktiviti yang sesuai dengan sub topik yang perlu diajar. Selain itu, guru juga mesti merekod segala masalah dan kebaikan yang berjaya dilaksanakan didalam kelasIni untuk membuktikan bahawa pelajar tersebut fokus atau sebaliknya di dalam kelas pada hari pelaporan sekolah. 
    Akhir sekali, perlaksanaan P& P didalam kelas mestilah mempunyai 3 perkara penting. Antaranya adalah set induksi, penyampaian isi dan penutup. Terdapat beberapa perkara yang penting dalam set induksi, antaranya adalah guru perlu merancang permulaan pengajaran yang baik yang dapat menarik perhatian dan minat murid. Guru juga mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Selepas itu, penyampaian isi. Guru menyampaikan isi kandungan sebenar kepada murid. Guru perlu merancang beberapa langkah yang berurutan, disusun dengan baik dengan mencatat anggaran masa (tempoh) yang sesuai. Seterusnya adalah penutup. Penutup boleh dilakukan melalui suatu rumusan atau kesimpulan. Guru haruslah memberikan satu kesimpulan atau rumusan mengikut subjek yang diajar pada masa itu. 
RUMUSAN
 
Pengurusan alam pembelajaran ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran.Pengurusan alam pembelajaran ini perlu dititkberatkan kepada para guru supaya minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu, segala pemindahan maklumat akan berjalan lancar sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar. Pentingnya pengurusan ini supaya dalam kelas , sesi pembelajaran berlangsung dengan lancar. Tidaklah timbul masalah terlebih atau terkurang masa untuk mengajar subjek tersebut.
RUJUKAN
Shaarai, L. F. (2012). PENGGUNAAN STRIP KOMIK BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID DALAM TOPIK KITARAN AIR TAHUN 5.
Eng, J. A. J. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi mewujudkan komuniti pembelajaran berkesan. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 8:STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH PENGENALAN Bilik darjah bermaksud tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan merupakan tempat terpenting yang perlu ada pada sekolah.Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru(Leonard & Karen,1996).      Bilik darjah pada zaman dahulu hanya melibatkan lima hingga enam pelajar yang duduk di bawah sebatang pokok besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap satu bilik darjah.Surau atau pondok merupakan tempat pengajian juga dianggap sebagai satu bilik darjah.Ianya sangat berlainan pada zaman sekarang.Pada zaman sekarang,sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah bahkan padang sekolah juga dianggap sebagai bilik darjah.Hal ini kerana,padang sekolah merupakan tempat pelajaran pendidikan jasmani. ISI PENTING Tajuk dalam bab ini menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah.Antara faktornya ialah unsur fizikal,emosi dan sosial.Faktor ...
TAJUK 2:INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN PENDAHULUAN Interaksi didefinisikan sebagai tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain;tindak balas antara dua atau beberapa pihak.Menurut A New English Dictionary,interaksi dalam bilik darjah membawa maksud saling bertndak,saling mempengaruhi di antara satu sama lain.Interaksi dalam pembelajaran melibatkan antara dua pihak iaitu guru dan pelajar.Guru perlu memainkan peranan penting dalam berinteraksi dengan pelajar agar dapat memupuk hubungan yang lebih erat. ISI PENTING Terdapat beberapa isi penting yang perlu dipelajari dan di ambil berat dalam  tajuk interaksi dalam pembelajaran ini.Sebelum itu,guru perlu berperanan sebagai ''role model'' kepada pelajar.Guru juga haruslah mempunyai ciri yang menyakinkan,berpandangan positif,praktikal dan munasabah,berpusatkan masyarakat,bekerja secara kreatif,dan juga progresif supaya dapat menyammpaikan maklumat yang berguna kepada pelajar.    Tajuk ini menjelaskan bagaimana...