Skip to main content
TAJUK 12:PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

PENGENALAN

Tajuk ini membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas.Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan perkembangan fizikal,intelek,emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas.Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang murni untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran.

ISI PENTING

Tajuk ini memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan,pengayaan,pelbagai kecerdasan dan keperluan khas.Program pemulihan merupakan ''Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran.Program ini dijalankan oleh guru yang khusus,di ruang yang khusus''.Murid pemulihan merupakan  ''Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif''.Konsep pemulihan pula mengutamakan prinsip 'Menyelesaikan masalah seawal mungkin' supaya tidak kronik.Perbezaan minat,pengalaman bakat,dan gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebaya.Melalui program pemulihan khas,keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.Ciri-ciri kanak pemulihan ialah rendah diri,pasif,kerap tidak hadir ke sekolah,lemah pemahaman,malas dan cepat bosan.Seseorang guru mestilah menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid dan membentuk personaliti baik dalam diri seseorang murid.

      Pengayaan ialah memberi aktiiti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu.Ini dapat membantu murid-murid meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran secara mendatar.Pengayaan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengayaan mendatar dan pengayaan menegak.Pengayaan mendatar merupakan aktiviri penayaan berdasarkan kepada tahap pencapaian murid.Murid-murid dalam kumpulan akan diberi aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan kurang mencabar.Manalaka pengayaan menegak merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.Aktiviti ini akan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk ynag lebih kompleks dan mencabar.

RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya,pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai,kerja kognitif yang berpatutan,standard prestasi yang realistik dan peluang untuk mereka mencapai potensinya.Walaubagaimanapun kanak-kanak pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan dengan kanak-kanak normal kerana kita tidak boleh wujudkan oengasingan sicial kepada mereka.

Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENGENALAN             Menurut (Shaarai, 2012) proses pembelajaran merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran yang kondusif. Menurut( Eng,2014)Alam pembelajaran bermaksud keaadan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak- kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas. ISI PENTING    Terdapat tiga isi penting dalam tajuk pengurusan alam pembelajaran yang perlu di ambil berat. Antaranya adalah persediaan sebelum mengajar. Antara perkara yang perlu dittikberatkan sebelum masuk ke dalam kelas mestilah ilmu, peralatan, ruang dan   persediaan untuk meng...
TAJUK 8:STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH PENGENALAN Bilik darjah bermaksud tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan merupakan tempat terpenting yang perlu ada pada sekolah.Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru(Leonard & Karen,1996).      Bilik darjah pada zaman dahulu hanya melibatkan lima hingga enam pelajar yang duduk di bawah sebatang pokok besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap satu bilik darjah.Surau atau pondok merupakan tempat pengajian juga dianggap sebagai satu bilik darjah.Ianya sangat berlainan pada zaman sekarang.Pada zaman sekarang,sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah bahkan padang sekolah juga dianggap sebagai bilik darjah.Hal ini kerana,padang sekolah merupakan tempat pelajaran pendidikan jasmani. ISI PENTING Tajuk dalam bab ini menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah.Antara faktornya ialah unsur fizikal,emosi dan sosial.Faktor ...
TAJUK 2:INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN PENDAHULUAN Interaksi didefinisikan sebagai tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain;tindak balas antara dua atau beberapa pihak.Menurut A New English Dictionary,interaksi dalam bilik darjah membawa maksud saling bertndak,saling mempengaruhi di antara satu sama lain.Interaksi dalam pembelajaran melibatkan antara dua pihak iaitu guru dan pelajar.Guru perlu memainkan peranan penting dalam berinteraksi dengan pelajar agar dapat memupuk hubungan yang lebih erat. ISI PENTING Terdapat beberapa isi penting yang perlu dipelajari dan di ambil berat dalam  tajuk interaksi dalam pembelajaran ini.Sebelum itu,guru perlu berperanan sebagai ''role model'' kepada pelajar.Guru juga haruslah mempunyai ciri yang menyakinkan,berpandangan positif,praktikal dan munasabah,berpusatkan masyarakat,bekerja secara kreatif,dan juga progresif supaya dapat menyammpaikan maklumat yang berguna kepada pelajar.    Tajuk ini menjelaskan bagaimana...